Assalamualaikum ~

Syiling baru (siri ke-3) malaysia ?
Untuk pengatahuan korang Bank
Negara Malaysia(BNM) akan mengeluarkan duit syiling peringatan baru sempena
pengeluaran Siri Ke-3 pada awal tahun 2012. Akan dilancarkan oleh Gabenor Bank Negara, duit
syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denomenasi 50 sen, 20
sen, 10 sen dan 5 sen.

Unsur-unsur reka bentuk : Budaya dan warisan negara Malaysia .
Motif : Memaparkan keindahan
alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional di Malaysia.
Sebab tukar syiling siri ke-2 kepada siri ke-3 ? : Menggantikan duit syiling siri ke-2 yang telah digunakan hampir 20 tahun. Wang syiling siri ke-3 ini lebih ringan, kecil dan mesra pengguna.
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
Spesifikasi Teknikal
Nilai Muka | 50 sen | 20 sen | 10 sen | 5 sen |
Logam | Nikel Loyang Bersalut Kuprum | Nikel Loyang | Keluli Tahan Karat | Keluli Tahan Karat |
Garis pusat (mm) | 22.65 | 20.60 | 18.80 | 17.78 |
Berat (gram) | 5.66 | 4.18 | 2.98 | 1.72 |
Reka Bentuk Duit Syiling siri ke-3
Denominasi | Ikon |
50 sen | Sulur Kacang |
20 sen | Bunga Melur |
10 sen | Orang Asli Motif |
5 sen | Destar Siga |
salam bro syahir... nurrul nak mintak share ini boleh ? ? :))
ReplyDeleteOkey ^_^
ReplyDelete